Thursday, July 27, 2017

Imaginasi


Sinopsis

Mereka... tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan. Mereka sangat berbeza, namun penuh dengan cinta. Tiga cinta dengan tiga kata. Kelam dan suram menjadi suasana latar kehidupan masing-masing. Warna pelangi itu terlihat, cuma tidak mampu digapai. Maka impian itulah yang melonjakkan hasrat agar mimpi setiap orang tidak berubah menjadi igauan buruk.

Suhaila - Perempuan yang hidup menyendiri dalam sebuah rumah agam di ladang kelapa sawit. Pembela saka seekor singa. Dia terkurung dalam ruang lingkup yang terbatas agar kejahatan tidak terlihat sesiapa pun menerusi mata sirna kebenaran.

Kamil - Lelaki yang baru dibebaskan dari penjara. Pandangan pertama di ladang kelapa sawit telah menjebakkannya ke dalam gelora cinta Suhaila. Apakah Kamil bakal menjadi korban percintaan?

Hafiz - Pengembara eropah yang menemui cintanya di Amsterdam, Holland. Yang dicintai adalah perempuan Indonesia bernama Citra Widya, buruan dua lelaki dari negara seberang. Berjayakah Hafiz membantu Citra Widya melarikan diri ke London supaya cinta mereka terus bernyawa?

Abam - Lelaki lurus bendul. Dia seorang penjaga lembu milik Pak Budin, ayah kepada Juita. Abam sangat mencintai Juita dengan caranya yang tersendiri. Namun, cintanya ditolak Juita.
Suatu ketika, keajaiban berlaku. Juita pula berubah sebaliknya, mencintai Abam. Bagaimanapun, Abam tidak semena-mena berubah akibat dirasuk semangat saka Suhaila. Apakah cinta Juita berjaya memulihkan semangat rasuk yang menyinggahi Abam?

RAMLEE AWANG MURSHID menerapkan nilai cinta dalam IMAGINASI. Kisah ini tampak lembut di luar, tetapi keras dan gila di dalam. Berlarilah tanpa menoleh untuk menyelamatkan nyawa sendiri. Apabila cinta itu berjaya menjangkau, maka tiada jalan untuk kembali. Pembebasan hanya mampu dilakukan dengan pengorbanan yang harus dilakukan dengan tulus ikhlas. Kerana cinta itu memiliki kuasa magisnya yang tersendiri.

Review

Baru selesai baca novel Ramlee Awang Murshid. Macam biasa novel RAM melangkau pemikiran. Tak boleh nak letak bila dah mula membaca. 
Kali ni sentuhan RAM berkisarkan singa yang dikatakan saka yang dibela oleh alang kassim. Muncul bila bulan mengambang. Lepas kematian Alang Kassim, singa jelmaan itu kemudian diwarisi oleh anak perempuannya Suhaila. 
Kamil pula menjadi banduan akibat rompakan yang dilakukan masa muda. Pertama kali terjumpa Suhaila di bank yang nak dirompak dan akhirnya jatuh cinta apabila kembali terjumpa Suhaila di kampung suhaila. 
Abam, seorang yang lurus bendul menaruh hati pada anak gadis majikannya, Juita. Tingkah lakunya sangat menggeletek jiwa. 
Hafiz, anak Suhaila jatuh cinta pada Citra, rakyat Indonesia yang merupakan seorang penganut agama katolik yang taat. Cinta mereka tidak kesampaian sebab masing-masing tak sanggup menukar agama. 
Macam mana ending cerita ni? Haaa kena beli cepat-cepat. Saya pun tak sangka siapa singa tu sebenarnya. 
https://masterudeng82.wordpress.com/2016/05/04/review-imaginasi-ramlee-awang-murshid/

Sunan - Cinta Nan Sakti


Sinopsis

CINTA menuntut seluruh pengertian. Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman menyulam cinta dalam kancah pertempuran, permusuhan dan perjuangan. Cinta – tidak terlafaz dalam lisan. Hanya suara hati yang melagukannya biar dilandai krisis paling parah. Cinta – bakal diakhiri dengan peperangan. Mengorbankan insan tersayang. Apakah semua ini mahar untuk sebuah pernikahan? 

Wali Sufi – melarang cinta Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman atas alasan yang berbeza. Cintai Penciptamu terlebih dahulu nescaya cinta fitrah suci bakal dikurnia-NYA. 
Maharani - menegah cinta Sang Ratu atas sebab... cinta itu melumpuhkan sifat serikandi seorang pejuang. 

“Aku akan kembali mendapatkanmu, Saifudin. Akan kuhancurkan kau dalam gumpalan tanah negerimu sendiri. Akan aku pastikan kuburanmu tidak bertanda. Akan kupastikan kematianmu tidak diratapi... apatah lagi untuk dikenang. Seluruh marga negerimu akan kuseksa. Kujadikan negerimu sebuah neraka dunia!” - Ratna Sang Ratu Sulaman.

“Sebagai manusia... aku sayang padamu.” 
Saifudin dengan gelar Laksamana Sunan.

Dalam kancah peperangan dan permusuhan yang sedang rancak bergolak, maka...
Di sinilah... lahirnya seorang legenda. 
Di sini jugalah zahirnya sebuah cinta.


RAMLEE AWANG MURSHID mengekalkan rentak cinta dan aksi dalam alur cerita karyanya kali ini. Nanggroe Sang Kembara menempuhi banyak gendala dalam perjalanan meraih Cinta Nan Sakti. Perjuangan tidak mengenal erti lelah biarpun hampir tewas. Kebangkitan merupakan kemuncak sebuah hakikat dalam layar sebuah hikayat.

Siapa yang bakal belangsukawa? Pencinta atau yang dicintai?

Review

Novel ni bermula dengan pembunuhan Engku Aminah  oleh Sang Ratu di hadapan Saifudin. Saifudin telah beberapa kali terselamat daripada dibunuh oleh Sang Ratu, orang kenit, Raja Tambuakar, Nyi Burga Kelara dan sebagainya. Kisah cinta Saifudin dengan Sang Ratu pun sedih juga. Maharani dan Wali Sufi "menjampi" Sang Ratu dan Saifudin dengan cara yang berbeza tetapi tujuan yang sama, lupakan cinta. Wali Sufi nak Saifudin lebih mengenali cinta Allah berbanding cinta fitrah dan Maharani nak Sang Ratu jadi kejam tanpa rasa cinta. Ada plot twist dalam percintaan abang kepada Saifudin, Megat dengan Seroja dan satu lagi kisah cinta sedih dalam novel ni antara Jaka dan seorang nenek. Novel ni lagi gempak dua kali ganda berbanding novel Sunan dan menyebabkan aku rasa nak ada sambungan lagi dan lagi. Kalau yang dah baca novel-novel Laksamana Sunan sebelum ni, memang akan automatically refresh scene-scene dulu. Lepas tu rasa, "ooo, macam ni ke yang menyebabkan jadi macam tu,". Ada beberapa ayat yang selalu Saifudin guna dalam dialog dia mula tercipta dari novel Sunan Nanggroe Sang Kembara dan Sunan Cinta Nan Sakti. Bangak tips islamik yang dapat dikutip dari novel berkisahkan Laksamana Sunan ni. Aku pon boleh terikut-ikut dengan bacaan ayat Al-Quran yang Saifudin baca waktu dia dalam kesusahan. Kadang-kadang, penulisan RAM dapat membuatkan seseorang tu rasa insaf dan menusuk kalbu. Heee. Tahniah. 

http://najwazahid94.blogspot.my/2016/04/review-novel-sunan-cinta-nan-sakti.html

Raudhah



Sinopsis

JOKER dan White - gandingan dua penjenayah kejam yang saling tidak mengenali. Joker adalah contract killer dan White pula pemegang kontraknya. Kod rahsia mereka – ‘Mawar Putih.’ Sasaran pembunuhan adalah golongan penjenayah kolar putih. Hubungan mereka retak setelah Joker mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Jantungnya berhenti berdenyut selama tiga minit. Logik akal, Joker sudah mati!

Faris dan Hambali - dua sahabat yang terpisah dan berbeza cara hidup. Faris bergelumang dosa. Hambali pula hamba yang zuhud. Setelah membilang tahun, mereka bertemu semula di Masjid Negara. Faris menyatakan hasrat hendak berubah dan Hambali tekad mahu membantu sahabatnya itu ‘taubat nasuha.’

Cinta - muncul secara misteri. Junaidatul Al-Fatiah merupakan tunangan Hambali. Dalam diam, Faris turut mencintai gadis itu. Kedua-dua lelaki ini menggelarnya, ‘Raudhah.’ Seorang gadis dicintai dua lelaki, pasti salah seorang harus mengorbankan perasaan dan keegoan. Tapi siapa?

RAUDHAH – banyak teka-teki yang sukar disimpulkan. Hanya iman dan takwa mampu melihat di sebalik tabir waktu. Persoalan muncul dalam bentuk yang sangat menyakitkan: keterbalikan cinta, keliru antara bayang dan jasad serta kitaran waktu yang mencetuskan huru-hara. 


Review

Novel Raudhah kalau nak compare dengan novel-novel RAM yang kebelakangan ini lebih straight forward. Tapi straight forward itu tetap tak ada lah straight forward sangat pun. Itu menurut pandangan I lah. Tapi I suka tema yang diketengahkan kali ini, iaitu Awwabin - 'Orang yang Taubat'

Satu lagi, I suka dengan input yang boleh kita cedok dari novel ini. Padat dengan mesej. I rasa mesej yang cuba disampaikan lebih menonjol dari jalan cerita. Bukan nak cakap story line tak menarik pun. Best jugak. Lebih-lebih lagi persoalan mengenai perkaitan watak-watak dalam novel ini. Setiap watak bersangkut paut sebenarnya. Pertalian yang agak kompleks jugak. Ending novel ini pulak, tak tau kenapa rasa macam terkesan secara tidak langsung. Biarpun rasa seakan ringkas, tapi secukup rasa. 

Pintu taubat sentiasa terbuka dan Allah tidak pernah menutup ruang keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang sujud dan kembali kepada-Nya. Inilah tanda kasih Allah terhadap makhluk yang bernama manusia. 
Raudah (48; muka surat 383)